Click here for Myspace Layouts

Friday, March 11, 2011

♥ NAMANYA WANITA ISLAM :: MAHKOTA DIRIMU ITU BERHARGA ♥

TERISTIMEWA BUAT ADIKKU, Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula dicipta daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahanmu ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harom aromamu bisa menarik perhatian sang kumbanng untuk mendekatimu. Adakah dengan semudah itu kau ingin menyerahkan diri pada sang kumbang? Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa,sang kumbang tertunduk kagum dengan keindahan yang terjaga hingga ia terfikir beberapa kali sebelum mendekatinya. ADIKKU, Akuilah hakikat kejadaian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan dari tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu sekuntum mawar yang indah tetapi sayang kerana tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimakhkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan perihal bahayanya dirimu. ‘Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.’Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbamnya lelaki ke neraka? Ingatlah duhai adikku sayang, Ingatlah bahawa sesutu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam. “wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…..” “Kebiasanya, wanita sosial menjadi rebutan untuk dipermainkan tetapi wanita yang baik menjadi rebutan untuk dimiliki.” Fikir-fikirkanlah sayang... Kau adalah apa yang kau fikirkan...♥

No comments:

Post a Comment