Click here for Myspace Layouts

Monday, March 21, 2011

Buat Diriku Rahil Danisha :)


                Okey Rasyha. Sekarang kamu dah dewasa. Umur pun semakin meningkat. Cuba dan jadi seorang yang matang. Kamu tak boleh lagi keanak-anakkan. Sekarang ni, cuba lupakan masa lalu. Biarkan ianya berlalu pergi dengan mengambil iktibar daripada apa yang sudah terjadi, Syha. Anggaplah ianya satu cerita dongeng yang direka-reka untuk dijadikan kisah hidup yang telah kamu lalui. Sekarang kamu sudah ada orang yang layak disayangi dan menyayangi kamu. Apa yang kamu inginkan sekarang ini sudah senang untuk dikecapi dengan hanya memberitahu dan tunjukkan jarimu kearah ‘sesuatu benda’ yang kamu nak. Dan mestilah kamu jadi seorang yang mendengar kata. Jadikan dirimu seorang orang yang hebat dan cuba tutup mulut orang daripada terus mengatamu yang dulu tidak pandai mengurus diri dan hanya pandai membuat masalah. Maksud yang tersirat disebalik namamu cukup indah dan cantik. Rahil bererti seorang ibu kepada seorang nabi yang tampan, iaitu Nabi Yusuf. Danisha pula dari nama Danish, iaitu bijak dan berpengatahuan. Insya-Allah kamu yang menjadi seperti namamu yang indah maksudnya. Ingat pesanan Uncle Iwan padamu yang sangat gembira dapat berbual dengan mu yang kecil, “belajar rajin-rajin dan hormat orang tua pasti kamu akan disenangi”. Ingat juga pesana Ummi dan Abi, “kita bukan orang senang. Kita mesti usaha untuk berjaya didunia apatah lagi diakhirat”. Tutup mulut bapa dan ibu saudaramu yang memang suka menyakat mengatakan hal dan kisah lama. Lupakan kawan-kawan yang menikam belakang kamu, Rasyha. Itu semua kisah dulu. Dulu kamu rasa merekalah sahabat didunia dan diakhirat. Sekarang, sudah tidak lagi. Mereka tak berguna untuk kamu. Mereka adalah bayangan dan illusimu yang tak mungkin menjadi teman sepanjang hayat. Jangan ‘hidung tinggi’ dengan sesiapapun. Samada yang miskin mahupun yang kaya. Kerana ini semua adalah bersifat ‘sementara’. Idolamu ialah Rasul junjungan dan Sumayyah. Jadikan sesiapa yang baik sebagai idolamu. Rancang dan sempurnakan hidupmu dengan bayangan wajah ‘nya’ dan lukisan bibir senyuman yang indah dalam hidupmu. Ibaratkan insan yang tersangat kamu sayang didalam hidup sebagai mangsa yang akan dibunuh oleh orang yang kejam lagi zalim dan keji. Kemudian, kamu cuba untuk menyelamat -kan dirinya. Bersujudlah setiap waktu. Berdoalah kepada si Dia agar kamu sentiasa dirahmati oleh-Nya dengan apa yang kamu buat. Bermohonlah pada-Nya agar menceriakan hari-hari mu yang akan datang dan selamanya. Anggaplah musuh-musuhmu dahulu sudah mati dibawa kealam lain. Anggap saja dirimu itu bakal berguna dan membanggakan seluruh anggota keluargamu! Jangan jadikan mereka hampa dan mulut mereka semakin gatal untuk mengata dirimu yang sangat berharga ini Rasyha.Jagalah mahkota dirimu dengan baik. Seboleh-bolehnya ia disentuh selepas engkau disahkan menjadi hak orang. Jagalah dedahan auratmu pada si kumbang yang hanya tahu mengambil kesempatan atas dirimu yang dahulu ibu dan bapa mu jaga dengan baik. Tutuplah kulitmu dari atas hingga kebawah. Jagalah tuturmu dengan baik. Berfikir dahulu sebelum melepaskan kata-kata mu agar tidak ada sesiapa yang terasa dengan tuturan mu meskipun engkau menganggap hanya gurauan. Setiap kali tidur, maafkan semua orang yang pernah membuat salah kepadamu dan memaafkan yang lain yang akan membuat salah padamu. Sesungguhnya Allah amat menyukai hamba-Nya yang memaafkan. Niatmu menjadi seorang yang Berjaya dalam usia yang muda, insya-Allah akan tercapai sayang. Setiap tidurmu, akan engkau bermimpi sedang ber ‘Sayembara Illusi’ dengan semua orang tentang kejayaanmu. Dan cuba berusaha untuk menjadikannya sebuah mitos yang kenyataan.

No comments:

Post a Comment